meleis keliling aku dan aku tau mereka bukan jenis yang hina mahupun keji. aku cuma tak tahu nak mengelaskan mereka dalam kelas yang mana satu supaya ianya kelihatan logik, sesuai dan padan dengan sifat meleis mereka. meleis, kalau kau nak tau adalah satu bangsa dan kaum dan dipandang sebelah mata oleh semua kaum lain di muka bumi ini. sama macam si bodoh yang sibuk memberitahu @nelly_mo (sila google sendiri) tentang negara aku yang mengukur kebijaksanaan dengan kepetahan berbahasa inggeris. serius bodoh. tak perlu untuk kau beritahu seseorang yang tak ada kaitan dengan kau untuk sesuatu yang sangat penting. budaya dan kebijaksanaan tak perlu kau gabungkan. bukankah ianya lebih bagus? lebih lagi bila kau sibuk membetulkan fakta yang entah apa, dan tiada siapa peduli. sama macam kematian johnny walker ditangan nakata, juga sama seperti kisah hujan sardin. satu fakta yang entah apa, dan tiada siapa peduli.
masuk kedalam bab seterusnya. golongan meleis keliling aku masih sibuk nak memberitahu aku bahawasanya aku bukan manusia yang hidup di alam melyu. mereka sibuk nak menyedarkan aku bahawasanya aku ni meleis seperti mereka. mereka sibuk nak katakan pada aku bahawasanya aku menaip tak tengok keyboard ni adalah bukan satu kelebihan tapi kekurangan. mereka juga pernah cuba memberitahu aku, duit dalam dompet aku pernah suatu ketika dulu ianya milik mereka. mereka sibuk nak block aku kat fb walaupun mereka pernah cuba nak add aku as friend tapi aku angkuh dan bongkak membiarkannya berlalu begitu sahaja. meleis macam ni memang tak berguna untuk aku, berkelakuan seperti langau. weng sana, weng sini tanpa kerelaan aku. nak dibunuh, aku geli dengan langau penyek, nak dibiarkan aku pulak gelisah.
rasa seterusnya bila aku sibuk digelisahkan dengan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu yang berlaku. tak, aku tak salahkan golongan meleis ni sebab mereka tak suruh aku subscribe diari peribadi mereka. tapi semua perbuatan yang mereka lakukan itu akan terus hinggap dan melibatkan aku. sebagai manusia yang terlibat sama dalam kebodohan golongan meleis ini, aku rasa terganggu. sangat terganggu sehinggakan aku kurang fokus terhadap sesuatu yang sedang aku kerjakan. ini adalah dahsyat bagi aku dan sangat tak bersesuaian dengan jiwa aku.
mujur tak semua manusia keliling aku jenis meleis yang menyusahkan jiwa aku. sangat mujur. kini tinggal tiga hingga lima lagi bertahan seperti mana manusia biasa yang makan nasi, dan bila tak berduit, mereka berhutang. hidup normal dan pakai baju serta seluar yang mengikut peredaran zaman. sangat mujur walaupun aku tak pasti atas kehadiran tiga hingga lima lagi ini perlu membuatkan aku bersyukur atau tidak.
semuanya bergantung pada aku, menganggap budak kelas aku sebagai manusia ataupun babi.
internet tanpa selain facebook adalah membosankan